Hai sekalian rakanku, dah lama sangat aku tak update blog nie sebab busy memang tak hengat dunia la. Ok...hari berkesempatan nak update sket..tak lain tak bukan bahang piala dunia dah sampai ke kemuncaknya. Sepanyol akan berjumpa Belanda. Ok..kalo ikutkan rekod, Spain baru kali pertama masuk ke peringkat akhir Piala Dunia. Skuad Oranje plak kali terakhir ialah pada tahun 1978. So, dua- dua memang sangap nak menang edisi Piala Dunia 2010.

Skuad Oranje kalo dilihat dari segi corak permainan, bagi aku la, takde la cantik sangat. Corak game dia simple pass and attack. Takde bunga-bunga macam Spain. Sangat mengharap kat Robben sebab dia laju. van Persie plak agak kurang menyerlah. Sneijder memang penggerak jentera tengah yang efektif, player yang lain macam penjaga gol Orangje dilihat agak kurang memberangsangkan sebab mudah keliru dengan tendangan jarak jauh atau sebab bola jabulani kot susah nak diramal.

Spain pulak berlainan cerita. Penuh ngan player-player high profile ngan skil-skil individu memang tak langsung mengecewakan macam team-team high profile lain contohnya England, Argentina dan Brazil. Walaupun Torres tak fit 100%, tapi Villa memang menyerlah. Alonso plak memang kreatif, sentiasa nampak player di posisi yang betul. Dari segi pertahanan plak, Puyol, Pique, Ramos dan Cassilas memang boleh diharap. Walaupun kalah game pertama piala dunia ngan Swiss, 1-0, Spain bangun dari tido derang. Derang menang game-game seterusnya. Corak permainan Spain memang berbunga ngan skil individu contohnya Iniesta and Xabi. Game menentang Jerman, Spain senang -senang jer masuk ke kotak penalti Jerman dan Jerman macam terkapai-kapai. Maybe Jerman main terlalu berhati-hati kot.

Apapun, kita tunggu jer kemuncak demam Piala Dunia 2010 nie pada jam 2:30 pagi Isnin, 12 haribulan July. Maybe ada yang rancang-rancang nak amik cuti sebab pagi Isnin, alang-alang cuti la. Dengar citer maybe ada skrin besar kot kat lokasi- lokasi tertentu khas tuk final game nie cam Piala Dunia lepas la kat Bukit Bintang. Tunggu je la citer terkini, mana tau kali nie kat Padang Merdeka ke...suka ati la...yang penting aku sokong Spain...yehaaaa...chow

Jumaat, 9 Julai 2010 Posted in | | 3 Comments »

One Responses to "Final Piala Dunia 2010: Sepanyol vs Belanda"

  1. jfook says:

    I hope Netherlands would win..:P

  1. KY POWER MUSCLE STATION says:

    Hahaha...ok bro...so, you're Holland supporter la..hehe

  1. Ken Wooi says:

    netherlands! =D

Write a comment