Enam Lagi Kes ILI Dilaporkan Setakat 8 Pagi Tadi
PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Enam lagi kes kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) dilaporkan di enam negeri sehingga pukul 8 pagi Selasa, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata enam negeri itu adalah Kedah, Sarawak, Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan Terengganu di mana kes di Kedah membabitkan Syarikat Body Fashion (M) Sdn Bhd di Kulim Industrial Estate sementara di Sarawak dilaporkan di Tadika Little Caterpillar Childcare Centre, Bintulu dan di Kuala Lumpur di Perumahan Polis Desana Aman 1, Pantai Dalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, kes lain dilaporkan di Asrama Sekolah Menengah Iskandar Shah Parit, Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah, Shah Alam, Selangor dan Sekolah Menengah Sri Serating, Marang Terengganu.

Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 41 kes disahkan Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga pukul 5.30 petang semalam menjadikan jumlah keseluruhan 13,199 kes.

Jumlah kes ILI yang masih dirawat dalam wad di seluruh negara pula katanya sebanyak 570 kes dan 67 daripadanya disahkan positif influenza A (H1N1).

"Bilangan dirawat di Unit Rawatan Rapi adalah 13 kes di mana sepuluh daripadanya mempunyai faktor risiko, masih tiada laporan kematian diterima setakat semalam," katanya.

-- BERNAMA 


BN Bukan Dalang Dua Calon Bebas Tarik Diri: Shahrizat
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) bukan dalang terhadap tindakan dua calon Bebas menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini, kata Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata tidak wujud "permainan" atau taktik sedemikian dalam BN.

Malahan sebelum ini BN sendiri tidak tahu siapa calon lain yang berminat bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana mereka hanya memberikan tumpuan kepada calon BN sahaja, katanya pemberita selepas melancarkan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini hari Selasa.

Semalam dua calon Bebas V.S Chandran, bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor dan Johan Md Diah yang juga anggota jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Shahrizat juga berkata jentera pilihan raya Wanita BN akan mempergiatkan kempen untuk calon BN P.Kamalanathan yang akan menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim.

"Kehebatan pergerakan Wanita Umno berkempen secara berhemah juga menyebabkan Wanita PKR turut meniru cara Wanita Umno berkempen," kata beliau.

-- BERNAMA 



Read More......
Selasa, 20 April 2010 Posted in | | 0 Comments »

Hai

Hai, berjumpa lagi, dah 3 hari aku demam, nasib baik demam panas biasa & beransur ok. Last saturday main paintball night game. Memang layan, tapi besoknya demam...hampeh tul. Jap, nak tengok berita terkini...

Few news dari Soccernet.espn.go.com:


  • POMPEY REVEAL 119 MILLIONS POUND STERLING DEBT
  • AGUERO HINTS AT CHELSEA INTEREST
  • EUROPA LEAGUE - LIVERPOOL AND FULHAM BEGIN EUROPA TRIPS BY LAND
Read more in soccernet.espn.go.com

Read More......
Posted in | | 0 Comments »