Demam Piala Dunia 2010 Afrika Selatan semakin memuncak..kurang 2 minggu lagi ada la mamat- mamat dan minah- minah bola yang bercekang mata nak menonton pasukan kesayangan masing- masing beraksi menentang lawan mereka.

Okay, sebelum tu, saya nak komen dulu pasal perlawanan - perlawanan persahabatan yang di lalui beberapa finalis World Cup 2010.

England dibarisi pemain- pemain ternama dari Liga Inggeris, Liga no. 1 di dunia. Namun, prestasi dan kesimbangan dalam pasukan England agak kurang menyerlah.


Mungkin kerana kesefahaman antara pemain agak kurang di sebabkan batasan masa sebaik kempen Liga Inggeris tamat Mei lalu. Langkah England agak longlai dalam ketiga-tiga perlawanan persahabatan dan terbaru kemenangan mereka ke atas Jepun di bantu oleh jaringan sendiri pasukan lawan. Ini mencerminkan kesefahaman masih kurang di kalangan pemain atau ianya sekadar strategi pasukan untuk tidak berhempas pulas pada perlawanan pemanas badan kerana ingin mengelakkan kecederaan.

Amerika Syarikat pulak mengakhiri siri perlawanan persahabatan mereka dengan menewaskan Turki 2 -1, sekaligus mencerminkan bahawa mereka mampu bangkit dan menjadi pesaing di dalam Kumpulan C.
Walaupun sebelum itu AS tewas kepada Republik Czech, namun kebangkitan menewaskan Turki mampu melonjakkan semangat pemain AS.







Cameroon pulak gagal memenangi perlawanan persahabatan menentang Slovakia selepas hanya seri 1 sama menentang Slovakia. Secara teknikalnya, persefahaman antara pemain Cameroon agak belum cukup untuk menjanjikan kejutan kepada pasukan Eropah dan Amerika Selatan.




Jepun gagal menyerlah pada perlawanan persiapan terakhir mereka ke Piala Dunia. Tewas kepada England hasil jaringan pemain sendiri harus dilihat sebagai ruang untuk diperbaiki menjelang kejohanan Piala Dunia.






Satu lagi pasukan gergasi eropah, Sepanyol dilihat agak kucar kacir pada siri perlawanan persahabatan menentang Saudi Arabia. Malah, hampir dimalukan sehinggalah jaringan Alonso menyelamatkan maruah Sepanyol selaku penyandang juara eropah.

Read More......
Isnin, 31 Mei 2010 Posted in | | 0 Comments »

Belarus 1 vs South Korea 0

Mexico 5 vs Gambia 1

Paraguay 2 vs Ivory Coast 2

Nigeria 1 vs Colombia 1

Chile 1 vs Northern Ireland 1

Chile 0 vs Israel 0

Japan 1 vs England 2

Tunisia 1 vs France 1

Source: Soccernet.com

Read More......
Posted in | | 0 Comments »