England berjaya mempertingkatkan corak permainan mereka biarpun hanya menewaskan Slovenia dengan 1-0 hasil jaringan Jermaine Defoe. Corak permainan ditampilkan England lebih menyerlah pada perlawanan tersebut memaksa Slovenia bertahan hampir sepanjang permainan biarpun pada babak- babak akhir perlawanan menyaksikan Slovenia mencipta beberapa peluang hasil serangan balas, namun peluang dipersia-siakan. England juga mensia-siakan beberapa peluang terutama pada babak pertama tapi akhirnya kemenangan 1-0 berjaya membawa mereka melangkah ke pusingan seterusnya. Steven Gerard memainkan peranan penting menggerakkan jentera tengah England setelah melalui 2 perlawanan sebelumnya dengan agak lesu.

USA meneruskan aksi memberangsangkan mereka pada perlawanan peringkat kumpulan dengan menewaskan Algeria 1-0 hasil jaringan Landon Donovan pada babak-babak akhir perlawanan biarpun sebelum itu jaringan Dempsey dibatalkan atas alasan offsaid oleh pengadil. Dengan beberapa aksi serang balas diantara kedua-dua pasukan, perlawanan menjadi menarik kerana masing-masing memerlukan kemenangan untuk mara kepusingan seterusnya. Namun, aksi konsisten USA akhirnya membawa pasukan Bob Bradley mara ke pusingan kedua mengetuai England dalam kumpulan C.

Khamis, 24 Jun 2010 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "England dan USA ke pusingan kedua Piala Dunia 2010"

Write a comment