Aku dah lama nak post bende ni tapi selalu takde masa. Ok. Last week aku dua kali pegi makan kat restoran ni namanya Fiske Steakhouse. Lokasi kat Keramat seberang kilang Sapura. Kalo dari MRR2 terus jer, nampak signboard ke Carrefour Ampang, ikut jer, sampai kat bulatan amik pukul 9. Jalan terus then nampak la restoran ni blah kanan. Ni ada sket gambar yang aku sempat tangkap masa makan kat situ.



Nie sampel rega makanan kat restoran nie atau pon nak lagi glamour, steakhouse.. hehe


Lagi, ni dowry fish...memang sedap...rega RM 12.00 jer


Aku makan ni ha...Spaghetti Bolognese RM 7.90.

Rega makanan lain dalam range RM 10 to 20. Minuman rega cam biasa, Nescafe o ais RM 1.50 (ni aku tau sebab aku oder...hahaha, yang lain tak ingat..)



Tengok. Pelanggan kat kedai ni memang ramai. Time kitarang sampai, agak penuh. Dalam gambar tu muka poyo member aku. Dia bawa bini dia makan situ sebab nak try Lamb Chop. Bercakap pasal Lamb Chop, kat sini Lamb Chop dia kalo Normal RM 13.00, kalo Special RM 16.00, tak silap aku la.


Pelanggan yang dah kekenyangan melarikan diri dari restoran....hahaha...takde la.. Ni time aku nak amik gambar luar restoran, tetiba bini member aku tadi tu lalu depan aku, so, tertangkap la gambar beliau.

Okeysss...kat steakhouse ni ada western and lokal...suma ada. Ada masa try la. Chow.

Jumaat, 30 April 2010 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "Makan kat Fiske Steakhouse, Keramat"

Write a comment